WARNA BIRU,MERAH,KUNING DAN PUTIH
Melambangkan warna-warni Bendera Malaysia yang menjadi kebanggaan dan kecintaan kepada negara di kalangan warga sekolah.
BINTANG PECAH 16
Melambangkan perpaduan pihak pentadbiran.guru-guru,pelajar,ibu bapa,masyarakat dan pemimpin masyarakat bagi mencapai cita-cita sekolah.
DUA GARISAN SELARI
Melambangkan guru dan pelajar yang sentiasa sering mencapai cita-cita sekolah,ibu bapa,masyarakat dan Negara.
PARABOLA
Melambangkan penekanan dan keutamaan sentiasa diberikan kepada aspek Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) dalam hal pengajaran dan pembelajaran dan pengurusan sekolah.
MOTORBOARD
Sebagai sebuah institusi pendidikan formal,kejayaan dalam pendidikan menjadi keutamaan bagi merealisasikan pendidikan sebagai ejen perubahan kehidupan manusia ke arah kecemerlangan.
LIMA GELANG BERANGKAI
Perpaduan dan keharmonian kaum melalui kegiatan sukan dan kegiatan kokurikulum.
PERISAI
Ilmu,kepercayaan kepada Tuhan dan amalan menjadi pelindung kepada keruntuhan nilai peradaban manusia dan alam.
MAHKOTA
Melambangkan keunggulan.