Sunday, November 6, 2011

Anti Virus Terbaik Percuma


AOL ACTIVE VIRUS SHIELD

Site: http://www.activevirusshield.com

Saiz : 14,263 kb


Perisian antivirus percuma ini didasarkan kepada salah satu program antivirus berbayar terbaik iaitu - Kaspersky Antivirus, dan mengimbas dengan cemerlang serta melakukan kemaskini secara automatik dari makmal Kaspersky.
Saya mendapati kadar pengesanan virus.gr : 99.62%; dengan 16GB data ia menimmbas selama 31 min, 16 saat; jumlah fail : 224,565.

Ulasan beberapa pakar mendapati AOL Active Virus Shield ini diberikan taraf 5 bintang contohnya http://www.vnunet.com dan PC Authority,
manakala CNET Review dan ZDNET Review memberikan nilaian VERY GOOD kepada perisian ini.



AVAST 4 HOME EDITION

Site: http://www.avast.com

Saiz : 13013 kb


Avast! Home Edition ialah satu pakej anti-virus yang lengkap, percuma untuk pengguna persendirian. Ia mempunya dua antaramuka - untuk novis dan untuk pengguna mahir), Pengimbas virus dengan Standard Shield (yang melindungi komputer dari membuka dan melaksanakan progam malware) dan juga pengimbas email yang akan mengimbas semua email yang masuk atau keluar. Avast! Home boleh juga diakses di Windows Explorer dengan menu butang kanan tetikus dan juga didatangkan dengan screen saver istimewa yang boleh mengimbas sistem sewaktu komputer anda tidak aktif. kemaskini begitu mudah dan pantas. Perisian ini ialah untuk demo 60 hari dan anda boleh terus menggunakannya secara percuma tanpa tamat tempoh dengan mendaftar di lamanwebnya untuk mendapatkan kunci pengaktifan percuma melalui email.


BITDEFENDER 8 FREE EDITION

Site: http://www.bitdefender.com

Saiz : 13493 kb

BitDefender Free Edition mengandungi pengimbas virus, pengemaskinian dalam talian tetapi tidak malangnya di versi percuma, ia tidak mempunyai pengimbas secara "real-time" dan juga tidak mengimbas email Ia akan mengimbas fail dengan pantas termasuk fail-fail arkib seperti zip dan boot sector. Ia juga boleh di akses dari Windows Explorer dengan mengklik butang kanan.

AVIRA ANTIVIRUS

Site: http://www.free-av.com/

Saiz : 14076 kb

Freeware ini adalah satu-satunya antivirus percuma yang yang agak baik. Antivirus yang satu ini dapat melindungi PC anda dari serangan virus hingga mencapai 80.000 jenis varian virus termasuk virus macro dan trojan beserta variannya. Kekurangannya adalah tidak tersedianya kemaskini secara automatik, sehingga Anda harus melakukan mengemaskini secara manual. Dengan begitu resource pada PC Anda tidak habis terpakai oleh aplikasi ini.

AVG 7.5 FREE EDITION
Site : http://www.grisoft.com

Ukuran : 12.7 MB
Tidak banyak antivirus percuma yang boleh bekerja sehebat AVG 7.5, maka dari itu freeware ini saya masukkan dalam salah satu jajaran freeware terbaik 2007. AVG 7.5 memiliki berbagai kelebihan seperti kemaskini automatik, melindungi PC anda dari serangan virus secara mendadak dan yang paling menarik adalah kemampuan antivirus ini dalam melakukan scan e-mail yang ada di dalam e-mail client anda dan dapat mengintegrasikan AVG 7.5 dengan e-mail client anda. Namun dari ujian yang dilakukan masih banyak juga virus yang terlepas dari imbasan program ini. Jadi kami tidak dapat merekomenkan sepenuhnya perisian ini seandainya anda seroang pengguna komputer yang aktif.

Saturday, July 30, 2011

MINGGU BAHASA 2011


MINGGU BAHASA 2011
20-24 JUN 2011

YANG KURIK ITU KENDI
YANG MERAH ITU SAGA
YANG CANTIK ITU BUDI
YANG INDAH ITU BAHASA




PERTANDINGAN MEMBACA SAJAK


 PERTANDINGAN BERCERITA

TREASURE HUNT

PENYAMPAIAN HADIAH OLEH PK 1(PN.JUAHRIAH ALI)

TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG DAN SEMUA PELAJAR YANG TELAH MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM SEMUA PERTANDINGAN DAN AKTIVITI SEPANJANG BERLANGSUNGNYA MINGGU BAHASA 2011


Saturday, May 14, 2011

SELAMAT HARI GURU

16 MEI DATANG LAGI...
PENGHARGAAN UNTUK WARGA PENDIDIK...
KEPADA WARGA SMKSKP....
SELAMAT HARI GURU 2011....

"GURU TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"

GURU MALAYSIA
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

CIKGU-CIKGU NAIK PELAMIN.....

dari PASIR GUDANG ke NEGERI SEMBILAN
Cikgu Zaid + Cikgu Zura

dari PASIR GUDANG ke SEGAMAT
Cikgu Aminah dan suami

mintak maaf semua ye...lambat sangat update blog ni...sampai pengantin baru pun dah jadi pengantin lame ni...hehehhe...
setiap tahun pasti ade guru-guru SMKSKP yang ke jinjang pelamin..yang menimang cahaya mata lagila ramai..Alhamdulillah,rezeki kurniaan Tuhan...
NANTIKAN BEBERAPA ORANG GURU AKAN MENAMATKAN ZAMAN BUJANG PADA TAHUN 2011...JUN,SEPTEMBER & OKTOBER....
mudah-mudahan segala urusan dan perjalanan membina masjid dipermudahkan Allah...Amin...

sepanjang majlis persaraan Tn.Hj.Misti Kana

pasukan kompang SMKSKP


warga SMKSKP....


Thursday, January 20, 2011

Persaraan Tuan Haji Misti Kana "Majlis Semarak Kasih Sanjungan Budi"


 MAJLIS PERSARAAN TN.HJ.MISTI BIN KANA

"SEMARAK KASIH, SANJUNGAN BUDI"

TARIKH : 24 JANUARI 2011
HARI : ISNIN
MASA : 2 PETANG
TEMPAT : HOTEL SELESA,PASIR GUDANG

Kejohanan Balapan Dan Padang Kali Ke-10

19 JANUARI 2011
PADANG SMK SERI KOTA PUTERI
Tn.Hj.Misti Kana bersama tetamu kehormat sedang menyaksikan perbarisan
rumah sukan dan badan beruniform
badan beruniform ST.John
pelajar berkumpul di dataran sebelum berkumpul di padang

penyertaan yang sangat menggalakkan daripada pelajar-pelajar
SMK Seri Kota Puteri
semangat kesukanan yang tinggi...
wajah-wajah keceriaan guru-guru SMK Seri Kota Puteri

 
peserta pertandingan diberikan penerangan oleh cikgu Fakaruddin
pengetua Tn.Hj.Misti sedang menyampaikan hadiah kepada pemenang

Pasukan Rumah Hawk (merah) telah mencatat sejarah apabila berjaya
mengekalkan kemenangan bagi tahun keempat...

TAHNIAH UNTUK SEMUA PESERTA YANG BERJAYA MERANGKUL PINGAT
PADA KEJOHANANBALAPAN DAN PADANG KALI KE-10

Terjah SMKSKP

14 JANUARI 2011
Tn.Hj.Misti Kana berucap sempena kedatangan pengetua-pengetua Daerah Pasir Gudang
ke SMK Seri Kota Puteri
taklimat ringkas di Bilik Mesyuarat SMK Seri Kota Puteri

Perasmian Laman Tuan Haji Misti

14 JANUARI 2011
Tuan Haji Misti Kana sedang merasmikan Laman Tn.Hj.Misti Kana
Tn.Hj.Misti
"SEMARAK KASIH SANJUNGAN BUDI"
suatu pemandangan indah di SMKSKP
laman ini akan sentiasa mengingatkan warga SMKSKP kepada
Tn.Hj.Misti Kana
Rombongan pengetua-pengetua Daerah Pasir Gudang juga berkesempatan
menyaksikan majlis perasmian
Laman Tn.Hj.Misti Kana

Perasmian Makmal Komputer SMK Seri Kota Puteri

Tarikh : 14.01.2011
Hari : Jumaat
Tempat : Makmal Komputer


pengetua SMKSKP Tn.Hj Misti Bin Kana dan rombongan pengetua-pengetua daerah Pasir Gudang
sedang meninjau sekitar makmal komputer yang dilengkapi dengan kemudahan internet....
pelajar-pelajar sedang menggunakan kemudahan komputer yang baru dan serba
lengkap....

.

LOKASI SEKOLAH


View Smk Seri Kota Puteri in a larger map