Aluan Pengetua




Salam Sejahtera

Wadah teknologi maklumat terkini menjadi medan utama untuk menyampai dan mencakup segala informasi. Justeru itu, Sekolah  Menengah Kebangsaan Seri Kota Puteri(SMKSKP), tidak ketinggalan dalam mengaplikasi ruang laman ini untuk membina hubungan komunikasi dengan semua pelayar internet.

Bermulanya SMKSKP beroperasi pada 1 Jun 2001 sehingga kini, SMKSKP tetap padu dan terus maju memegang amanah sebagai pelaksana melahirkan tunas insan yang kompeten, berpengetahuan dan berakhlak mulia. Segala kejayaan yang diperoleh dalam tempoh kelahiran SMKSKP membekalkan semangat di hati setiap warga SMKSKP. Namun, lebih penting lagi adalah persediaan mendepani cabaran yang memerlukan kita perlu lebih peka dan bertindak secara proaktif dalam menyelesaikan setiap permasalahan. 

Akhir kata, saya berdoa agar setiap warga SMKSKP bersatu padu memberi perkhidmatan yang terbaik supaya kecemerlangan SMKSKP terus dapat direncanakan dengan lebih sempurna untuk masa depan yang lebih gemilang. Kepada semua pelayar internet, saya  amat mengalu-alukan perkongsian maklumat di laman web ini. 
Sekian, terima kasih.

.

LOKASI SEKOLAH


View Smk Seri Kota Puteri in a larger map