Sekapur Sirih



Assalammualaikum,


Selamat datang ke Laman Rasmi Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota Puteri, Masai, Johor. Kemudahan Teknologi Informasi dan Komunikasi (ICT) telah membuka satu lembaran baru di mana sesebuah organisasi dapat menyampaikan maklumat-maklumat terkini kepada orang awam dengan mudah dan cepat.  Pembinaan Laman Rasmi Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota Puteri ini diusahakan bertujuan memperkenalkan sekolah ini kepada masyarakat tempatan khususnya dan negara-negara luar amnya.


Laman Rasmi SMKSKP ini dibangunkan oleh Unit ICT dan di bantu oleh beberapa orang guru yang mahir dalam bidang ict. Bagi Pengunjung yang ingin mengetahui info mengenai latar belakang sekolah ini sila ke menu Profil di side yang disediakan. Di situ anda akan dapati segala maklumat mengenai pembangunan sekolah ini.Bagi pengunjung yang memerlukan info lain yang berkaitan dengan pendidikan, sila ke beberapa menu pautan yang disediakan.Kunjungilah untuk mendapatkan maklumat yang anda perlukan. Jika ada kemusykilan sila hubungi kami.
      
      Menu Interaktif atau pautan sebenarnya disediakan sebagai tambahan kepada pengguna untuk berinteraksi dengan kami.Anda boleh meninggalkan nota pesanan di Buku Pelawat atau anda boleh menghantar aduan atau cadangan kepada kami melalui menu Shout Mix Chat. Layarilah laman rasmi ini dengan bijak untuk faedah kita bersama. Kepada anda kami ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi singgah di laman rasmi kami. 



Sekian, terima kasih.


Dikemaskini Oleh: Cikgu Zaid

.

LOKASI SEKOLAH


View Smk Seri Kota Puteri in a larger map