Monday, October 29, 2012

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2012..PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 2

 click to enlarge
click to enlarge


SOALAN

Jawab satu soalan sahaja.

      1.   Di sebuah sungai, kelihatan beberapa orang kanak-kanak sedang mandi-manda.

Gambarkan situasi tersebut dengan memberikan penekanan kepada aksi figura dan percikan air dari jarak dekat.

      2.   Sebuah bakul kecil bertangkai berisi penuh dengan buah manggis diletakkan di atas meja. Di luar bakul, beberapa biji manggis telah terbuka dan kelihatan isinya.

Gambarkan suasana dengan memberi penekanan kepada bentuk, warna, jalinan dan ruang

      3.  Di dasar laut, kelihatan sebuah istana indah yang dibina dari karangan laut berwarna-warni. Kelihatan tumbuh-tumbuhan dan hidupan laut pelbagai rupa dan warna.

Gambarkan suasana tersebut dari pandangan dekat.

   4.   Hasilkan satu rekaan kulit buku yang bertajuk “CERITA SERAM” dengan mengikut gaya tersendiri.

 5.    Hasilkan sebuah poster bertemakan keindahan bandaraya.                       
            Perkataan “BANDARAYA BERSIH” hendaklah dimasukkan dalam poster tersebut.

  6.   Gambarkan suasana kedamaian dan keindahan di sebuah kampung.


No comments:


.

LOKASI SEKOLAH


View Smk Seri Kota Puteri in a larger map