Monday, October 29, 2012

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2012..PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 2

 click to enlarge
click to enlarge


SOALAN

Jawab satu soalan sahaja.

      1.   Di sebuah sungai, kelihatan beberapa orang kanak-kanak sedang mandi-manda.

Gambarkan situasi tersebut dengan memberikan penekanan kepada aksi figura dan percikan air dari jarak dekat.

      2.   Sebuah bakul kecil bertangkai berisi penuh dengan buah manggis diletakkan di atas meja. Di luar bakul, beberapa biji manggis telah terbuka dan kelihatan isinya.

Gambarkan suasana dengan memberi penekanan kepada bentuk, warna, jalinan dan ruang

      3.  Di dasar laut, kelihatan sebuah istana indah yang dibina dari karangan laut berwarna-warni. Kelihatan tumbuh-tumbuhan dan hidupan laut pelbagai rupa dan warna.

Gambarkan suasana tersebut dari pandangan dekat.

   4.   Hasilkan satu rekaan kulit buku yang bertajuk “CERITA SERAM” dengan mengikut gaya tersendiri.

 5.    Hasilkan sebuah poster bertemakan keindahan bandaraya.                       
            Perkataan “BANDARAYA BERSIH” hendaklah dimasukkan dalam poster tersebut.

  6.   Gambarkan suasana kedamaian dan keindahan di sebuah kampung.


Wednesday, September 26, 2012

GOOD LUCK!!!

 
selamat berjuang untuk calon-calon PMR dan SPM...
 
 
Memburu kejayaan tidak seperti menjamu selera di kedai makan; makan dahulu bayar kemudian.
Memburu kejayaan umpama menanam pokok buah-buahan.
Tanam, jaga dan nikmati hasilnya kemudian. ~Osman Affan~
 
 
 
 
 
 


Monday, September 24, 2012

SOALAN PERCUBAAN SPM 2012

assalamualaikum....
SPM cuma tinggal beberapa hari saja lagi....
untuk pelajar-pelajar SPM...
di sini cikgu sertakan link-link yang boleh digunakan untuk download kertas-kertas percubaan SPM dari seluruh negeri...
 
"SUCCESS DEPENDS ON WHAT YOU DO WITH YOU"
(KEJAYAAN BERGANTUNG KEPADA APA YANG ANDA LAKUKAN DENGAN DIRI ANDA)
 
"GOOD LUCK"
 
 
 
 


Thursday, September 6, 2012

HARI KELUARGA SMKSKP

Hari Keluarga SMKSKP
- KEBIRUS -
Tarikh : 31 Ogos 2012 - 1 September 2012
Tempat : Felda Residence, Tanjung Leman, Johor

  
Program ini dianjurkan oleh KEBIRU bertemakan santai.

Para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan sebelum aktiviti sukaneka bermula.

Bukan senang nak main terompah gergasi. Kerjasama ahli sangatlah penting

Semangat berpasukan yang amat baik.

Lari dalam guni. Agak susah kerana mereka perlu berlari dan bukannya melompat.

Peserta seterusnya perlu berlari ke belakang.

Acara tarik tali

  
Cg Samri begitu gagah mengetuai kumpulan beliau


Acara kanak-kanak bermula. Mengumpul bola ping pong.

  
Memancing botol

Peserta lelaki mengambil kesempatan untuk 'berposing'.


Begitu juga dengan cikgu-cikgu perempuan.


Lepas penat bersukaneka, masa untuk mandi di kolam renang yang disediakan

Majlis makan malam dan penyampaian hadiah untuk guru-guru.


Puan Ang Wee Wee bergambar bersama para guru.




MAJLIS BERBUKA PUASA, SOLAT HAJAT SPM DAN SOLAT TARAWIKH

Majlis Berbuka Puasa,
Solat Hajat & Solat Tarawikh

 Majlis Berbuka puasa diadakan di kantin sekolah.

Dari kiri : Cg Faka, Cg Naza, Cg Fizi dan Cg Naim berselera menjamu selera dalam dulang.

Ustaz Muzamil menemani Pengerusi PIBG, En Shaharudin berbuka puasa bersama.

Ustaz Muzamil memimpin bacaan doa selepas solat hajat. Semoga Allah membukakan seluas-luas pintu rahmatNya kepada kita semua khasnya warga SMKSKP.

Para pelajar, Guru dan ibu bapa menjalankan ibadah tarawikh secara berjemaah.

Wednesday, September 5, 2012

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN KE-55

Pelancaran Bulan
Kemerdekaan Ke-55

Pn Ang memberikan ucapan beliau

Guru mengedarkan Jalur Gemilang kepada setiap pelajar.

Pn Ang merasmikan Pelancaran Bulan Kemerdekaan

Para pelajar mengibarkan bendera jalur Gemilang semasa menyanyikan lagu berlatarkan kemerdekaan.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-55

 Tema Sambutan Kemerdekaan pada tahun ini ialah, "Janji Ditepati" 

Majlis penutup Bulan Kemerdekaan 2012

wakil pelajar, Tee Hui Lian daripada kelas 4 Bestari menyampaikan sajak kemerdekaan.

Para pelajar mempersembahkan tarian.

Talian Ngajat oleh pelajar Iban

Pn Juahriah menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang untuk aktiviti pada bulan kemerdekaan.

  Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan.



BENGKEL MATEMATIK PMR

Bengkel Teknik
Menjawab Matematik PMR

Bengkel ini diadakan untuk memantapkan penguasaan Matematik pelajar tingkatan 3 bagi persediaaan menghadapi PMR.

Para pelajar menumpukan perhatian dalam taklimat yang disampaikan.

Penceramah menyampaikan maklumat-maklumat yang berguna kepada para pelajar.

Diharapkan para pelajar dapat mengaplikasikan setiap maklumat yang disampaikan kepada mereka dengan baik dalam peperiksaan  nanti. Semoga Berjaya !

BENGKEL SAINS

BENGKEL TEKNIK
MENJAWAB SAINS

Para pelajar menumpukan sepenuh perhatian dalam taklimat yang disampaikan.

Para pelajar berusaha untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.

Cg Nor Akmal menyampaikan teknik-teknik terbaik untuk menyelesaikan masalah dalam subjek ini.

Diharap agar pelajar dapat memanfaatkan segala ilmu yang diperolehi pada hari ini dengan sebaik-baiknya seterusnya berjaya meningkatkan markah mereka dalam subjek Sains.


BENGKEL KIMIA

BENGKEL TEKNIK
MENJAWAB KIMIA

Cg Asliza (Guru Cemerlang Kimia) memberi taklimat kepada pelajar 5 Bestari

Pelajar dibimbing  sepenuhnya oleh guru

Tetap ceria dan bersemangat.

 Diharap para pelajar 5 Bestari mendapat markah yang cemerlang dalam subjek Kimia.

Sunday, August 12, 2012

EARLY BIRD PMR

PROGRAM
EARLY BIRD PMR

Program ini bermula seawal 6.45am setiap hari bagi persediaan para pelajar menghadapi Peperiksaan Percubaan PMR dan Peperiksaan PMR.

Guru akan mengedarkan soalan berfokus kepada para pelajar.

Guru akan membantu para pelajar.

 
 Para pelajar berusaha bersungguh-sungguh.


Program seperti ini banyak membantu para pelajar.




.

LOKASI SEKOLAH


View Smk Seri Kota Puteri in a larger map